Lukas Josef Podolski lahir pada 4 June 1985 merupakan seorang pemain kelahiran Jerman
dan merupakan penyerang yang bermain untuk kelab Arsenal.
Penyerang yang berkaki kidal ini terkenal dengan rembatan padunya,teknik dan
serangan berkesan dari kawasan kiri padang.
Lukas bermula dari kelab FC Koln pada 1995 dan memecah masuk
ke kesebelasan utama pada 2003 dan kemudian berpindah ke Bayern Munich.
Setelah 3 tahun di munich beliau berpindah semula ke FC Koln.
Kemudian pada 30 April 2012 Podolski disahkan menyertai
pasukan liga perdana inggeris,Arsenal.
Walaupun Podolski layak bermain untuk Poland tetapi dia
memilih Jerman dan membuat kemunculan pertama Jerman pada 2004
dan menjadi pemain tetap Jerman sejak itu.
Dilahirkan dalam keluarga bekas pemain bola baling Poland iaitu
Waldemar Podolski dan Krystyna Podolska di
bandar industri Silesian,Gliwice.
Pada 1987 dalam usia 2 tahun keluarganya berhijrah ke
Jerman Barat dan di beri status warganegara kerana
datuk dan nenek sebelah bapanya mempunyai
kewarganegaraan Jerman sebelum Perang dunia kedua.
Podolski berkahwin dengan teman wanitanya,
Monika Puchalski pada June 2011 di Cologne,Germany.