Musim 2011/12
Arsenal FC memulakan musim meraikan 125tahun penubuhan kelab dengan terpaksa
kehilangan beberapa pemain sekelip mata seperti
Cesc Fabregas(Barcelona),Samir Nasri,Gael Clichy(Man.City) dan kecederaan
Jack Wilshere dan beberapa lagi pemain serta pergantungan membuatkan awal musim
Arsenal agak hambar dan yang pasti memalukan apabila tewas di tangan
Man.Utd 8-2 di Old Trafford.
Perlawanan pertama dgn Newcastle seri 0-0 ditambah kad merah oleh pemain baru,
Gervinho membuatkan barisan Arsenal kelihatan seperti sukar menempuh perlawanan
berikutnya.Kemudian tewas di Emirates di tangan Liverpool, seterusnya dimalukan
8-2 di Old Trafford membuatkan Arsene Wenger membeli beberapa pemain
dalam masa 2 Hari sebelum tamat perpindahan.Sesuatu yang tidak pernah dilakukan
Arsene Wenger.
Penambahan Per Mertesacker,Andre Santos,Mikel Arteta,Park Chu Young
secara tidak langsung menambahkan kekuatan Arsenal yang tampak
goyah tanpa pemain perancang kreatif seperti Cesc dan pemain yg baru
meningkat Samir Nasri yang pergi meninggalkan Arsenal.
Kemenangan akhirnya tiba pada perlawanan ke-4 Liga Perdana Inggeris
apabila menang 1-0 ke atas Swansea hasil jaringan Andrey Arshavin.
Kemudian tewas di tangan Blackburn membuatkan pasukan Arsenal menjadi
tanda tanya untuk menghabiskan musim antara 4 pasukan teratas.
Robin Van Persie antara pemain yang menjadi tumpuan sepanjang musim
kerana beliau banyak menyelamatkan Arsenal dengan gol-gol yang dijaringkannya
dan beliau berjaya memecahkan rekod Thierry Henry utk menjadi penjaring terbanyak
Arsenal dalam tempoh kalendar 1 tahun dan kedua terbanyak di belakang Alan Shearer.
Robin juga merupakan Kapten Arsenal musim ini menggantikan Cesc Fabregas.
Kemudian kepulangan Thierry Henry menceriakan kem Arsenal apabila hadir
secara pinjaman selama 2 bulan di Arsenal.Perlawanan di Leeds Utd menyaksikan
Henry masuk ke padang untuk pertama kali nya dan membantu Arsenal menang
dengan jaringan nya yang mengingatkan peminat Arsenal ketika beliau di
Arsenal dahulu.
Antara perlawanan tumpuan musim ini bagi peminat Arsenal apabila menang
ke atas Chelsea 5-3,Blackburn 7-1,dan paling bermakna apabila menang
pada pertembungan musuh setempat menentang Spurs 5-2..
Arsenal juga menewaskan Man City 1-0 pada penggal kedua..
Pada perlawanan Eropah pula,Arsenal hanya mampu smpai ke
pusingan kedua bila tewas aggregat kepada Ac milan 4-3 dimana Arsenal hampir
melakar sejarah apabila cuba bangkit di perlawanan kedua selepas tewas 4-0 pada
perlawanan pertama.
Hari terakhir pula Arsenal berhempas pulas dan menunjukkan keyakinan apabila
membenam West Brom 3-2 untuk merebut tempat ke-3 liga dan mengatasi tottenham di tangga ke-4..
Ia juga perlawanan terakhir Pat Rice sebagai pembantu pengurus Arsenal
yg mengumumkan persaraan setelah 44 tahun berkhidmat di Arsenal
sebagai pemain dan juga jurulatih.
Secara keseluruhan persembahan Arsenal seperti kelaut,ada
pasang surut.Barisan pemain muda yang kurang berpengalaman juga menjadi
faktor kejatuhan Arsenal sepanjang musim apabila tidak mampu mencabar pasukan2
yang bermain secara mental.
Kecederaan pemain2 utama seperti Jack Wilshere,Thomas Vermaelen,Sagna,Gibbs,
sedikit sebanyak melumpuhkan barisan2 pemain Arsenal yang lain.
Sehinggakan Arsene Wenger terpaksa meletakkan dua pemain midfield di sayap belakang
pertahanan Arsenal.
Arsene Wenger juga mungkin sudah melupakan taktik 'invicible' Arsenal
yang bermain 4-4-2 dengan dua penyerang seperti Henry dan Bergkamp.
Beliau selalu membiarkan Robin Van Persie keseorangan di hadapan sambil dibantu dua sayap.
Taktik ini seperti kurang berkesan untuk Arsenal sejak beberapa musim lepas.
Untuk musim hadapan Arsenal telah mengeluarkan kenyataan untuk mencabar
kejuaraan.Dan perkara pertama yang telah dilakukan adalah membeli
pemain antarabangsa Jerman, Lukas Podolski yang telah bersetuju menyertai
Arsenal.Semoga musim hadapan Arsenal berjaya menjulang trofi dan bermain
lebih baik lagi.