Cari

2012/09/25

Kamen Rider Black/Suria Perkasa Hitam/Baja Hitam

Kamen Rider Black RX

Sapa still ingat?tak ingat?Suria Perkasa Hitam or Kesatria Baja Hitam?
Kamen Rider/Masked Rider Black RX ni sambungan dari Kamen Rider Black.





Kamen Rider Black  juga dikenali di Malaysia sebagai Kesatria Baja Hitam,
merupakan siri kelapan daripada francais tokusatsu dalam siri Kamen Rider.

JALAN CERITA

Setelah diculik oleh Gorgom pada malam hari jadi ke-19 mereka, adik-beradik tiri Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki dibedah dalam satu pembedahan cyborguntuk menjadikan mereka calon bagi Raja Makhluk Gorgom. Kedua-duanya digelar Raja Abad serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi Raja Makhluk. Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya (yang merupakan langkah terakhir pembedahan tersebut) atas pertolongan ayah angkatnya, dan seterusnya berpaling tadah menentang Gorgom. Dia kemudiannya mendapat tahu satu hakikat yang mengejutkan daripada ayah tirinya: Gorgom asalnya telah membunuh kedua-dua ibu bapa kandungnya dan, memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar "Suria Perkasa Hitam" (Black Sun) dan "Bayangan Bulan" (Shadow Moon). Kotaro yang mengambil nama Kesatria Baja Hitam (Kamen Rider Black) nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgom sambil melindungi Jepun. Walau bagaimanapun, pada lewat siri ini, Nobuhiko bangkit sebagai Bayangan Bulan serta berlawan dengan Kotaro untuk menjadi Raja Makhluk yang seterusnya.


KR BLACK OPENING




JALAN CERITA

Setengah tahun selepas kejatuhan Gorgom, Kotaro Minami telah mendapat pekerjaan juruterbang helikopter dalam perniagaan yang dimiliki oleh keluarga Sahara. Kotaro kemudiannya ditawan oleh Empayar Krisis dan ditawarkan tempat dalam kumpulan mereka. Apabila Kotaro enggan, King of Stone telah berkecai dan dia telah dibuang ke dalam ruang di mana sinaran matahari memutasikan king of stone dan dia berubah menjadi Kamen Rider Black RX. Dengan kuasa barunya, dia menentang ancaman Empayar Krisis dan rancangan mereka untuk mengambil alih Bumi.

KR BLACK RX OPENING





Minami Kotaro as Black/Black RX











1 comment:

  1. Your method of describing the whole thing in this article is genuinely pleasant, all
    be able to effortlessly know it, Thanks a lot.

    my web blog ... michael kors history

    ReplyDelete