Cari

2012/07/02

The New Gun:Olivier Giroud



Olivier Giroud lahir pada 30 September 1986(birthday aku laa)
merupakan pemain kebangsaan Perancis yang bermain untuk kelab BPL,Arsenal FC.
Dia bermain sebagai striker dan dikenali kerana saiz badan,corak permainan fizikal dan
kebolehan menanduk.
Selepas menyerlah di liga-liga bawahan dia berpindah ke kelab Ligue 1,
Perancis iaitu Montpellier pada Ogos 2010.Giroud menyerlah
selama 2 musim di situ dan dipanggil ke skuad kebangsaan Perancis.
Debut pertamanya pada 11 Nov 2011 menentang Belgium.



Giroud dilahirkan di Chambery,France tetapi dibesarkan di
Bandar Froges.Dia membesar dan ingin mengikut langkah
hero nya Zinedine Zidane dan Marco Van Basten.
Giroud memulakan karier bola sepaknya di Olympiq Club de Forges
yang merupakan kelab di bandar tempat dia membesar.
Pada umur 13 tahun dia menyertai kelab profesional,Grenoble.

Olivier Giroud menjaringkan 33gol sepanjang 71 kemunculan
di Montpellier dan dinobatkan penjaring terbanyak Ligue 1 pada
musim 2011-2012 serta membantu Montpellier menjuarai Ligue 1.



Pada 26 June 2012,Olivier Giroud bersetuju dengan kontak jangkamasa
panjang dan berpindah ke kelab liga inggeris Arsenal.






No comments:

Post a Comment